Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VIII - Am

Seksyen

218

Tajuk

Afidavit bersumpah
218 [1]

Tertakluk kepada apa-apa kaedah yang dibuat oleh Mahkamah, mana-mana afidavit boleh digunakan di Mahkamah jika ia telah dibuat dengan sumpah—

(a) di Malaysia, di hadapan mana-mana Hakim, Qadi atau
Pendaftar;

(b) di Singapura atau Brunei Darussalam, di hadapan mana-mana Hakim atau Qadi; atau

(c) di mana-mana tempat lain, di hadapan mana-mana pegawai Islam yang menjalankan fungsi konsular bagi pihak Kerajaan Malaysia.

218 [2]

Mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada meterai atau tandatangan mana-mana Hakim, Qadi, Pendaftar, atau pegawai konsul yang dituliskan atau dinamakan dalam mana-mana afidavit.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.