Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II - Peruntukan Am Tentang Mahkamah Jenayah

Seksyen

7

Tajuk

Bidang kuasa jenayah Hakim
7

Tertakluk kepada Enakmen ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk—

(a) mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan Hakim itu dan yang boleh diambil perhatian oleh Hakim itu;

(b) menyiasat aduan tentang kesalahan dan memanggil dan memeriksa saksi mengenai kesalahan itu dan menyaman dan menangkap dan mengeluarkan waran bagi penangkapan penjenayah dan pesalah dan memperlakukan mereka mengikut undang-undang;

(c) mengeluarkan waran untuk menggeledah atau menyebabkan digeledah tempat yang di dalamnya apa-apa barang atau benda yang dengannya atau mengenainya apa-apa kesalahan telah dilakukan dikatakan ada disimpan atau disembunyikan;

(d) menghendaki orang memberikan jaminan supaya mereka berkelakuan baik mengikut undang-undang; dan

(e) melakukan segala perkara dan benda lain yang seseorang Hakim diberi kuasa untuk melakukannya oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.