Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV - Maklumat Kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Kuasa Mereka Untuk Menyiasat

Seksyen

65

Tajuk

Buku harian mengenai prosiding dalam penyiasatan
65 [1]

Tiap-tiap Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah, dari hari ke hari, mencatatkan prosidingnya dalam buku harian penyiasatan dengan menyatakan—

(a) waktu perintah, jika ada, untuk menjalankan penyiasatan itu sampai padanya;

(b) waktu dia memulakan dan mengakhiri penyiasatan itu;

(c) tempat atau tempat-tempat yang dilawati olehnya;

(d) orang atau orang-orang yang disoal olehnya; dan

(e) pernyataan mengenai hal keadaan yang dipastikan melalui penyiasatannya.

65 [2]

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang- undang yang berhubungan dengan keterangan, seseorang tertuduh tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam perjalanan apa-apa siasatan atau perbicaraan, meminta atau memeriksa mana-mana buku harian itu:

Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguatkuasa Agama yang telah membuat penyiasatan itu merujuk kepada buku harian itu, maka hanya apa-apa catatan yang telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada tertuduh, dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.