Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

V - Prosiding dalam Pendakwaan

Bab

1 - Darihal Bidang Kuasa Makhamah dalam Perbicaraan

Seksyen

72

Tajuk

Hakim mengambil perhatian tentang kesalahan
72 [1]

Tertakluk kepada Enakmen ini, seorang Hakim boleh mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan—

(a) apabila dia menerima suatu aduan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Enakmen ini;

(b) berdasarkan pengetahuannya sendiri dan dengan keterangan yang menyokong bahawa kesalahan itu telah dilakukan; atau

(c) apabila mana-mana orang dibawa ke hadapannya dalam jagaan tanpa proses dan dituduh melakukan suatu kesalahan yang Hakim itu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakannya.

72 [2]

Apabila seorang Hakim mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan di bawah perenggan (1)(b), tertuduh atau, apabila terdapat beberapa orang yang dituduh, mana-mana seorang daripada mereka adalah berhak menghendaki supaya kes itu tidak dibicarakan oleh Hakim itu tetapi hendaklah dibicarakan oleh seorang Hakim yang lain.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.