Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI - Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bab

2 - Darihal Rayuan kepada Makhamah Rayuan Syariah

Seksyen

162

Tajuk

Kuasa Mahkamah Rayuan Syariah
162 [1]

Semasa pendengaran sesuatu rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mendengar perayu atau Peguam Syarienya jika dia hadir dan, jika difikirkannya patut, responden atau Peguam Syarienya, jika dia hadir, dan boleh mendengar perayu atau Peguam Syarienya menjawab dan Mahkamah Rayuan Syariah boleh sesudah itu mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, atau boleh memerintahkan suatu perbicaraan semula atau boleh menghantar balik perkara itu berserta dengan pendapat Mahkamah Rayuan Syariah mengenainya kepada Mahkamah perbicaraan, atau boleh membuat apa-apa perintah lain dalam perkara itu sebagaimana yang difikirkannya adil, dan boleh melalui perintah itu menjalankan apa-apa kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan.

162 [2]

Pada pendengaran sesuatu rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkannya bahawa suatu hukuman yang lain sepatutnya telah dijatuhkan, membatalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah perbicaraan dan menjatuhkan apa-apa hukuman lain yang diwajarkan oleh undang-undang, sama ada lebih atau kurang beratnya, sebagai menggantikan hukuman asal sebagaimana yang difikirkannya sepatutnya telah dijatuhkan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.