Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI - Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bab

4 - Prosiding Dalam Kes Kesalahan Tertentu yang Menyentuh Pentadbiran Keadilan

Seksyen

177

Tajuk

Keengganan untuk memberikan keterangan
177

Jika mana-mana saksi dihadapan sesuatu Mahkamah enggan
memberikan keterangan atau menjawab apa-apa soalan yang
dikemukakan kepadanya atau enggan mengemukakan apa-apa
dokumen dalam milikan atau kuasanya yang dikehendaki oleh
Mahkamah supaya dikemukakan olehnya, dan tidak memberikan apa-apa sebab yang munasabah bagi keengganan itu, Mahkamah itu boleh, atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkan secara bertulis, menghukumnya dengan hukuman pemenjaraan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi tujuh hari, melainkan jika dalam masa itu orang itu bersetuju untuk memberikan keterangan atau diperiksa dan menjawab soalan itu atau mengemukakan dokumen itu; tetapi jika dia terus enggan, dia boleh diperlakukan mengikut seksyen 173 atau 175 walau apa pun apa-apa hukuman yang mungkin telah dijalaninya di bawah seksyen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.