Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VII - Peruntukan Tambahan

Bab

7 - Darihal Pemindahan Kes Jenayah

Seksyen

203

Tajuk

Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk memindahkan kes
203

Bilamana ternyata kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah—

(a) bahawa suatu perbicaraan yang adil dan saksama tidak
dapat diadakan di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah;

(b) bahawa sesuatu persoalan undang-undang yang luar biasa rumitnya berkemungkinan timbul;

(c) bahawa suatu lawatan ke tempat yang di dalam atau berhampiran dengannya mana-mana kesalahan telah dilakukan mungkin diperlukan supaya perbicaraan yang memuaskan bagi kesalahan itu dijalankan;

(d) bahawa suatu perintah di bawah seksyen ini akan menjaga kemudahan am pihak-pihak atau saksi-saksi; atau

(e) bahawa perintah yang sedemikian adalah suaimanfaat bagi mencapai matlamat keadilan, atau adalah dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Enakmen ini,

Hakim itu boleh mengarahkan—

(aa) supaya mana-mana kes jenayah tertentu dipindahkan ke dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah;
atau

(bb) supaya seseorang tertuduh dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah yang lain.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.