Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VIII - Am

Seksyen

222

Tajuk

Salinan prosiding
222 [1]

Jika pengadu atau tertuduh atau mana-mana orang yang
tersentuh oleh penghakiman atau perintah yang dijatuhkan atau dibuat oleh Mahkamah berhasrat mendapatkan suatu salinan mana-mana penghakiman, perintah atau bahagian lain rekod itu, dia hendaklah, apabila memohon untuk mendapatkan salinan itu, diberi salinan itu oleh Mahkamah apabila dibayar apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah melainkan jika Mahkamah berpendapat, atas sesuatu sebab khas, salinan itu patut diberikan dengan percuma.

222 [2]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu salinan rekod itu boleh dibuat pada bila-bila masa oleh Pendakwa tanpa membayar apa-apa fi.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.