Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV - Maklumat Kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Kuasa Mereka Untuk Menyiasat

Seksyen

55

Tajuk

Tatacara
55 [1]

Apabila maklumat yang disebut dalam seksyen 54 adalah berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan tak boleh tangkap, pegawai yang kepadanya ia diberikan hendaklah merujukkan pemberi maklumat itu kepada seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

55 [2]

Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama boleh, dalam sesuatu kes yang melibatkan kesalahan tak boleh tangkap, menjalankan mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan yang diberikan oleh Bab ini tanpa perintah Ketua Pendakwa Syarie.

55 [3]

Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima perintah sedemikian boleh menjalankan kuasa berkenaan dengan penyiasatan yang diberikan di bawah Bab ini kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.