Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

V - Prosiding dalam Pendakwaan

Bab

10 - Darihal Pembebasan Atau Sabitan Terdahulu

Seksyen

134

Tajuk

Orang yang telah disabitkan atau dibebaskan tidak boleh dibicarakan semula bagi kesalahan yang sama
134 [1]

Seseorang yang telah dibicarakan bagi sesuatu kesalahan oleh suatu Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten dan telah disabitkan atau dibebaskan atas kesalahan itu tidak boleh, selagi sabitan atau pembebasan itu berkuat kuasa, dibicarakan semula bagi kesalahan yang sama atau atas fakta-fakta yang sama bagi apa-apa kesalahan lain yang baginya suatu pertuduhan yang lain daripada pertuduhan yang dibuat terhadapnya boleh dibuat di bawah seksyen 91 atau yang atasnya dia boleh disabitkan di bawah seksyen 92.

134 [2]

Seseorang yang telah dibebaskan atau disabitkan atas apa-apa kesalahan yang berlainan yang baginya suatu pertuduhan berasingan mungkin boleh dibuat terhadapnya pada perbicaraan yang dahulu itu di bawah subseksyen 90(1).

134 [3]

Seseorang yang telah disabitkan atas mana-mana kesalahan yang wujud melalui apa-apa perbuatan yang menyebabkan akibat yang, bersama dengan perbuatan itu, mewujudkan suatu kesalahan yang lain daripada kesalahan yang atasnya dia telah disabitkan, boleh kemudiannya dibicarakan bagi kesalahan yang akhir disebut itu, jika akibat itu belum berlaku atau tidak diketahui oleh Mahkamah telah berlaku pada masa dia disabitkan.

134 [4]

Seseorang yang telah dibebaskan atau disabitkan atas apa-apa kesalahan yang wujud melalui apa-apa perbuatan boleh, walaupun dia dibebaskan atau disabitkan sedemikian, kemudiannya dipertuduh atas dan dibicarakan bagi apa-apa kesalahan lain yang wujud melalui perbuatan yang sama yang mungkin telah dilakukannya, jika Mahkamah yang membicarakannya pada kali pertama tidak kompeten untuk membicarakan kesalahan yang atasnya dia dipertuduh kemudiannya.

134 [5]

Pembuangan sesuatu aduan, atau pelepasan tertuduh, bukanlah suatu pembebasan bagi maksud seksyen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.