Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

V - Prosiding dalam Pendakwaan

Bab

8 - Darihal Hukuman dan Pelaksanaannya

Seksyen

127

Tajuk

Bermulanya hukuman pemenjaraan ke atas banduan yang telah sedia menjalani hukuman pemenjaraan
127 [1]

Apabila seseorang yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan dihukum dengan hukuman pemenjaraan, hukuman pemenjaraan itu hendaklah bermula sama ada dengan serta-merta atau apabila habis tempoh hukuman pemenjaraan yang telah dikenakan sebelum itu, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu.

127 [2]

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh dianggap sebagai melepaskan mana-mana orang daripada mana-mana bahagian hukuman yang dikenakan ke atasnya kerana sabitannya yang dahulu atau yang kemudian.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.