Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV - Maklumat Kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Kuasa Mereka Untuk Menyiasat

Seksyen

66

Tajuk

Laporan Pegawai Penguatkuasa Agama
66 [1]

Tiap-tiap penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah diselesaikan tanpa kelengahan yang tak perlu, dan sebaik sahaja ia diselesaikan pegawai yang membuat penyiasatan itu hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis yang diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie tidak perlu dilaporkan kepadanya, menghantar kepada Ketua Pendakwa Syarie suatu laporan yang menyatakan nama pihak-pihak, jenis maklumat, dan nama orang
yang didapati mengetahui hal keadaan kes itu.

66 [2]

Ketua Pendakwa Syarie boleh pada bila-bila masa melalui perintah bertulis mengarahkan bahawa tiada laporan perlu dihantar kepadanya dalam kes-kes daripada jenis yang dinyatakan dalam perintah itu, dan boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan perintah itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.