Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VII - Peruntukan Tambahan

Bab

4 - Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan

Seksyen

197

Tajuk

Notis hendaklah diberikan bagi pembelaan alibi
197 [1]

Jika dalam mana-mana perbicaraan jenayah tertuduh bercadang mengemukakan pembelaan alibi, keterangan yang menyokongnya tidak boleh diterima melainkan jika tertuduh telah memberikan notis bertulis mengenainya kepada Pendakwa sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum perbicaraan dimulakan.

197 [2]

Notis yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah termasuk butir-butir mengenai tempat di mana tertuduh mendakwa dia berada pada masa pelakuan kesalahan yang baginya dia dipertuduh, berserta dengan nama dan alamat mana-mana saksi
yang dia berniat untuk memanggilnya bagi maksud membuktikan alibinya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.