Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV - Maklumat Kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Kuasa Mereka Untuk Menyiasat

Seksyen

61

Tajuk

Tiada dorongan boleh diberikan
61 [1]

Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang yang berkuasa boleh memberikan atau membuat apa-apa dorongan, ancaman atau janji kepada mana-mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan untuk mendorong orang itu membuat apa-apa pernyataan yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu.

61 [2]

Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain boleh menghalang atau tidak menggalakkan mana-mana orang, dengan apa-apa amaran atau selainnya, dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia mungkin bersedia membuatnya atas kemahuannya sendiri.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.