Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Peruntukan Am Yang Lain

Bab

4 - Darihal Proses Untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Yang Lain dan Bagi Penemuan Orang Yang Dikurung Dengan Salah

Seksyen

44

Tajuk

Bila waran geledah boleh dikeluarkan
44 [1]

Jika—

(a) mana-mana Mahkamah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang yang kepadanya saman di bawah seksyen 42 telah atau mungkin ditujukan tidak akan atau mungkin tidak akan mengemukakan harta atau dokumen yang dikehendaki;

(b) harta atau dokumen itu tidak diketahui oleh Mahkamah berada dalam milikan mana-mana orang;

(c) Mahkamah berpendapat bahawa maksud keadilan atau maksud mana-mana siasatan, perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini akan tercapai melalui suatu penggeledahan atau pemeriksaan am; atau

(d) Mahkamah, atas maklumat dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di mana-mana tempat,

Mahkamah boleh mengeluarkan waran geledah dan orang yang kepadanya waran itu diarahkan boleh menggeledah dan memeriksa mengikut waran geledah itu dan mengikut peruntukan Enakmen ini.

44 [2]

Waran geledah hendaklah pada lazimnya diarahkan kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai Penguatkuasa Agama yang lain yang hendaklah disebut namanya dalam waran itu, dan semua atau mana-mana pegawai itu bolehlah melaksanakan waran itu.

44 [3]

Mahkamah yang mengeluarkan waran geledah boleh mengarahkannya kepada Ketua Polis Negara dan kepada pegawai polis yang lain yang hendaklah disebut namanya dalam waran itu, dan semua atau mana-mana pegawai polis itu bolehlah melaksanakan waran itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.