Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VIII - Am

Seksyen

224

Tajuk

Pampasan jika tuduhan tak berasas
224

Bilamana mana-mana orang menyebabkan seorang Pegawai
Penguatkuasa Agama atau pegawai polis menangkap seseorang lain, maka jika didapati oleh Hakim yang mengambil perhatian tentang kes itu bahawa tidak ada alasan yang mencukupi bagi menyebabkan penangkapan itu, Hakim boleh mengaward apa-apa pampasan, yang tidak melebihi seratus ringgit, yang hendaklah dibayar oleh orang yang menyebabkan penangkapan itu kepada setiap orang yang ditangkap sedemikian kerana kerugian masa dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung olehnya dalam perkara itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Hakim itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.