Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI - Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bab

1 - Darihal Rayuan Kepada Makhamah Tinggi Syariah

Seksyen

143

Tajuk

Tatacara pada pendengaran
143 [1]

Apabila tiba masa untuk mendengar rayuan, perayu hendaklah didengar terlebih dahulu untuk menyokong rayuan itu, kemudian responden hendaklah didengar untuk menentangnya, dan perayu hendaklah berhak untuk menjawab.

143 [2]

Jika perayu tidak hadir untuk menyokong rayuannya, Mahkamah boleh menimbangkan rayuannya dan boleh membuat apa-apa keputusan tentangnya yang difikirkannya patut:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh enggan menimbangkan rayuan itu atau membuat apa-apa perintah sedemikian dalam kes perayu yang berada di luar bidang kuasa atau yang tidak hadir sendiri di hadapan Mahkamah menurut syarat yang dikenakan apabila dia dibenarkan dijamin, kecuali atas terma-terma yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.