Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI - Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bab

2 - Darihal Rayuan kepada Makhamah Rayuan Syariah

Seksyen

163

Tajuk

Keterangan tambahan
163 [1]

Dalam menguruskan apa-apa rayuan dalam sesuatu kes jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkannya bahawa keterangan tambahan adalah perlu, sama ada mengambil keterangan itu sendiri atau mengarahkan supaya keterangan itu diambil oleh Mahkamah perbicaraan.

163 [2]

Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah perbicaraan, ia hendaklah memaklumkan keterangan itu, dengan suatu pernyataan pendapatnya mengenai kes yang dipertimbangkan itu dengan mengambil kira keterangan tambahan itu, kepada Mahkamah Rayuan Syariah, dan Mahkamah itu hendaklah sesudah itu membereskan rayuan itu.

163 [3]

Pihak-pihak kepada rayuan itu hendaklah hadir semasa keterangan tambahan diambil.

163 [4]

Dalam menguruskan apa-apa rayuan dalam apa-apa kes jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh juga, jika difikirkannya patut, meminta dan menerima daripada Mahkamah perbicaraan suatu laporan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan perbicaraan itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.