Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

V - Prosiding dalam Pendakwaan

Bab

4 - Darihal Perbicaraan

Seksyen

100

Tajuk

Butir-butir hendaklah direkodkan
100 [1]

Dalam prosiding di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan suatu rekod tentang butir-butir setiap kes dengan menggunakan dan menyiapkan atau menyebabkan disiapkan suatu kertas pertuduhan mengikut borang-borang yang ditetapkan dan, jika segala butir yang perlu tidak dapat dengan mudah dicatatkan dalam mana-mana borang itu, dengan melampirkan padanya apa-apa bilangan kertas sambungan yang perlu.

100 [2]

Butir-butir yang hendaklah dimasukkan dalam rekod itu hendaklah termasuk—

(a) nama Mahkamah dan nombor siri kes itu;

(b) nama, nombor kad pengenalan, dan jantina tertuduh;

(c) alamat tertuduh;

(d) pertuduhan;

(e) tarikh kembalian saman, jika ada;

(f) tarikh pengeluaran saman atau waran, jika ada;

(g) nama dan alamat pengadu, jika ada, tarikh aduan itu dan nilai apa-apa harta yang terlibat;

(h) tarikh penangkapan;

(i) tarikh kehadiran pertama di hadapan Mahkamah;

(j) kerakyatan tertuduh;

(k) umur tertuduh;

(l) butir apa-apa jaminan atau bon;

(m) akuan tertuduh;

(n) nama dan gelaran pegawai atau nama orang yang menjalankan pendakwaan dan nama Peguam Syarie, jika ada, yang hadir bagi pihak tertuduh;

(o) tarikh setiap penangguhan atau penundaan dan tarikh yang sehingganya penangguhan atau penundaan itu dibuat dan alasan penangguhan atau penundaan itu dibuat;

(p) nota keterangan Mahkamah, jika ada;

(q) dapatan-dapatan;

(r) nota Mahkamah tentang sabitan-sabitan terdahulu, keterangan watak, dan rayuan meringankan hukuman, jika ada;

(s) hukuman atau perintah muktamad lain;

(t) penghakiman, jika bertulis;

(u) tarikh tamatnya prosiding;

(v) butir-butir tentang mana-mana waran tahanan, resit denda dan waran pemenjaraan; dan

(w) sekiranya rayuan dibuat—

(i) tarikh pemberitahuan tentang rayuan, tarikh apa- apa permintaan bagi nota keterangan, tarikh apa-apa notis bahawa nota keterangan boleh diperoleh dengan bayaran, tarikh penyampaian alasan keputusan Mahkamah dan tarikh penghantaran rekod kepada Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(ii) jika penghakiman ialah penghakiman lisan, alasan keputusan;

(iii) nombor siri Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah bagi rayuan itu; dan

(iv) keputusan rayuan dan tarikh Mahkamah diberitahu mengenainya.

100 [3]

Rekod itu hendaklah disahkan dengan tandantangan Hakim, dan hendaklah difailkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua Hakim Syarie.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.