Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VII - Peruntukan Tambahan

Bab

5 - Peruntukan Tentang Bon

Seksyen

199

Tajuk

Tatacara mengenai pelucuthakan bon
199 [1]

Bilamana—

(a) dibuktikan sehingga Mahkamah yang daripadanya suatu bon di bawah Enakmen ini telah diambil berpuas hati; atau

(b) jika bon itu adalah bagi kehadiran di Mahkamah, dibuktikan sehingga Mahkamah itu berpuas hati, bahawa bon itu telah terlucuthak, Mahkamah itu hendaklah merekodkan alasan pembuktian itu dan boleh meminta mana-mana orang yang terikat dengan bon itu supaya membayar penaltinya atau menunjukkan sebab mengapa penalti itu tidak patut dibayar.

199 [2]

Jika sebab yang mencukupi tidak ditunjukkan atau penalti itu tidak dibayar, orang yang terikat sedemikian boleh, dengan perintah Mahkamah yang mengeluarkan waran itu, dipenjarakan di dalam penjara sivil selama suatu tempoh yang boleh sampai enam bulan.

199 [3]

Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, meremitkan mana-
mana bahagian penalti yang disebut itu, dan menguatkuasakan pembayaran sebahagiannya sahaja.

199 [4]

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menghalang penalti, atau mana-mana bahagiannya, mana-mana bon di bawah Enakmen ini didapatkan di bawah peruntukan undang-undang yang berhubung dengan tatacara sivil yang sedang berkuat kuasa.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.