Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Peruntukan Am Yang Lain

Bab

2 - Darihal Menangkap, Melarikan Diri dan Menangkap Semula

Seksyen

18

Tajuk

Menangkap tanpa waran
18

Tanpa menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang
bertulis lain, mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama, pegawai
polis atau Pegawai Masjid boleh, tanpa perintah daripada Hakim
dan tanpa waran, menangkap—

(a) mana-mana orang yang kena-mengena dengan apa-apa kesalahan boleh ditangkap di dalam Negeri Selangor atau yang terhadapnya suatu aduan yang munasabah telah dibuat atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima atau syak yang munasabah wujud bahawa dia telah kena-mengena sedemikian;

(b) mana-mana orang yang telah melakukan atau cuba melakukan di hadapannya apa-apa kesalahan yang melibatkan pecah keamanan;

(c) mana-mana orang yang terhadapnya waran yang telah dikeluarkan di bawah Enakmen ini masih berkuat kuasa, walaupun waran itu tidak ada dalam milikannya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.