Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Peruntukan Am Yang Lain

Bab

4 - Darihal Proses Untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Yang Lain dan Bagi Penemuan Orang Yang Dikurung Dengan Salah

Seksyen

46

Tajuk

Hakim boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa menggeledah untuk mancari keterangan mengenai kesalahan
46

Jika seseorang Hakim, atas maklumat dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa benda yang ke atas, dengan atau berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan, atau apa-apa keterangan atau benda yang perlu bagi menjalankan sesuatu penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan, boleh didapati di mana-mana tempat, dia boleh, melalui waran, memberi kuasa orang yang kepadanya waran itu diarahkan untuk memasuki, dengan apa-apa bantuan yang dikehendaki, dan menggeledah tempat itu untuk mencari apa-apa keterangan atau benda itu, dan jika apa-apa jua yang dicari itu dijumpai, untuk menyitanya dan membawanya ke hadapan Hakim yang mengeluarkan waran itu atau Hakim lain untuk diperlakukan mengikut undang-undang.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.