Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

V - Prosiding dalam Pendakwaan

Bab

8 - Darihal Hukuman dan Pelaksanaannya

Seksyen

123

Tajuk

Penggantungan pelaksanaan dalam kes tertentu
123

Apabila seseorang pesalah telah dihukum dengan hukuman denda sahaja dan hukuman pemenjaraan kerana keingkaran membayar denda itu dan Mahkamah mengeluarkan waran di bawah seksyen 122, Mahkamah boleh menggantung pelaksanaan hukuman pemenjaraan itu dan boleh melepaskan pesalah itu apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan penjamin-penjamin sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah, yang mensyaratkan dia hadir di hadapan Mahkamah itu pada hari yang ditetapkan bagi pengembalian waran itu yang tidak lebih daripada lima belas hari dari masa bon itu dilaksanakan; dan sekiranya denda itu tidak dibayar juga Mahkamah boleh mengarahkan supaya hukuman pemenjaraan itu dilaksanakan dengan serta-merta.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.