Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI - Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bab

1 - Darihal Rayuan Kepada Makhamah Tinggi Syariah

Seksyen

146

Tajuk

Keputusan mengenai rayuan
146

Pada pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika ia berpendapat bahawa tiada alasan yang mencukupi untuk campurtangan, menolak rayuan itu atau boleh—

(a) dalam rayuan terhadap suatu perintah pembebasan, mengakaskan perintah itu dan mengarahkan bahawa tertuduh hendaklah dibicarakan semula, atau mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman ke atasnya mengikut undang-undang;

(b) dalam rayuan daripada suatu sabitan atau dalam rayuan tentang hukuman—

(i) mengakaskan dapatan dan hukuman itu dan membebaskan atau melepaskan tertuduh, atau memerintahkan supaya dia dibiacarakan semula; atau

(ii) mengubah dapatan, dengan mengekalkan hukuman, atau dengan atau tanpa mengubah dapatan itu, mengurangkan atau menambah hukuman atau mengubah jenis hukuman itu;

(c) dalam rayuan daripada apa-apa perintah lain, mengubah atau mengakaskan perintah itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.