Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

V - Prosiding dalam Pendakwaan

Bab

5 - Peruntukan Am Tentang Perbicaraan

Seksyen

107

Tajuk

Kuasa menangguhkan atau menunda perbicaraan
107 [1]

Jika menjadi perlu atau patut untuk menangguhkan permulaan perbicaraan atau menunda apa-apa perbicaraan oleh sebab seseorang saksi tidak hadir atau apa-apa sebab yang munasabah yang lain, Mahkamah boleh, dari semasa ke semasa, menangguhkan atau menundanya atas apa-apa terma yang difikirkannya patut bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya munasabah dan boleh, melalui waran, menahan tertuduh jika dia dalam jagaan:

Dengan syarat bahawa tiada Hakim boleh menahan seseorang tertuduh dalam jagaan di bawah seksyen ini selama tempoh melebihi lapan hari pada setiap kali:

Dengan syarat selanjutnya bahawa jika seseorang Pegawai Perubatan Kerajaan telah memperakui bahawa pengadu tidak akan dapat memberikan keterangan sebelum sesuatu tarikh tertentu, tertuduh bolehlah ditahan sehingga ke tarikh itu walaupun tempoh tahanan mungkin melebihi lapan hari.

107 [2]

Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini oleh Mahkamah hendaklah secara bertulis, ditandatangani oleh Hakim yang menjalankan perbicaraan itu, dan hendaklah menyatakan sebab-sebab baginya.

Huraian—Jika keterangan yang mencukupi telah diperoleh untuk menimbulkan syak bahawa tertuduh mungkin telah melakukan suatu kesalahan yang ternyata ada kemungkinan bahawa keterangan selanjutnya boleh didapati melalui penahanan, maka ini adalah suatu sebab yang munasabah bagi penahanan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.