Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VII - Peruntukan Tambahan

Bab

3 - Darihal Jaminan

Seksyen

186

Tajuk

Amaun bon
186 [1]

Amaun tiap-tiap bon yang disempurnakan di bawah Bab ini hendaklah ditetapkan dengan memberikan perhatian wajar kepada hal keadaan kes itu sebagaimana yang mencukupi untuk memastikan kehadiran orang yang ditangkap itu, tetapi tidak boleh berlebih-lebihan.

186 [2]

Mahkamah Tinggi Syariah boleh, dalam mana-mana kes, sama ada terdapat rayuan atas sabitan atau tidak, mengarahkan supaya mana-mana orang diikat jamin atau supaya jaminan yang dikehendaki oleh seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah Rendah Syariah dikurangkan atau dinaikkan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.