Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI - Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bab

2 - Darihal Rayuan kepada Makhamah Rayuan Syariah

Seksyen

164

Tajuk

Penghakiman
164 [1]

Apabila tamat pendengaran apa-apa rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah, sama ada dengan serta merta atau kemudiannya pada suatu tarikh yang ditetapkan bagi maksud itu
yang notis mengenainya hendaklah diberikan kepada pihak-pihak dalam rayuan itu, menyampaikan penghakiman di dalam Mahkamah terbuka.

164 [2]

Dalam rayuan dan perkara jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah pada lazimnya memberikan hanya satu penghakiman yang boleh diumumkan oleh Pengerusi atau oleh mana-mana anggota lain Mahkamah Rayuan Syariah sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi, tetapi penghakiman yang berasingan boleh disampaikan jika Pengerusi menentukan sedemikian.

164 [3]

Penghakiman mana-mana anggota Mahkamah Rayuan Syariah yang tidak hadir boleh dibacakan oleh mana-mana Hakim lain.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.