Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

V - Prosiding dalam Pendakwaan

Bab

5 - Peruntukan Am Tentang Perbicaraan

Seksyen

109

Tajuk

Menahan pesalah yang hadir di Mahkamah
109 [1]

Mana-mana orang yang menghadiri suatu Mahkamah, walaupun tidak ditangkap atau disaman, boleh ditahan oleh Mahkamah itu untuk diperiksa bagi apa-apa kesalahan yang boleh diambil perhatian oleh Mahkamah itu dan yang, daripada keterangan, ternyata telah dilakukan olehnya, dan bolehlah dijalankan tindakan terhadapnya seolah-olah dia telah ditangkap atau disaman.

109 [2]

Apabila penahanan itu berlaku selepas suatu perbicaraan telah bermula, prosiding berkenaan dengan orang itu hendaklah dimulakan semula dan saksi-saksi didengar semula.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.