Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VII - Peruntukan Tambahan

Bab

4 - Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan

Seksyen

195

Tajuk

Bagaimana sabitan atau pembebasan terdahulu boleh dibuktikan
195 [1]

Dalam mana-mana perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini, suatu sabitan atau pembebasan terdahulu boleh dibuktikan sebagai tambahan kepada apa-apa cara lain yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa—

(a) melalui suatu cabutan hukuman atau perintah yang diperakui di bawah tandatangan pegawai yang menjaga rekod Mahkamah di mana-mana negeri di Malaysia di mana sabitan atau pembebasan itu telah diputuskan; atau

(b) dalam hal suatu sabitan, sama ada melalui suatu perakuan yang ditandatangani oleh pegawai yang menjaga penjara di Malaysia di mana hukuman atau mana-mana bahagiannya telah dijalankan, atau melalui pengemukaan waran pemenjaraan yang menurutnya hukuman itu telah dijalani, bersama dengan, dalam setiap kes sedemikian, keterangan tentang identiti orang tertuduh dengan orang yang telah disabitkan atau dibebaskan sedemikian.

195 [2]

Sekiranya pegawai yang menjaga mana-mana penjara menyatakan dalam mana-mana perakuan yang ditandatanganinya bahawa cap jari yang terdapat pada perakuan itu ialah cap jari orang yang dimaksudkan oleh perakuan itu, perakuan itu hendaklah menjadi keterangan bagi fakta yang dinyatakan sedemikian.

195 [3]

Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menganggap tulen tiap-tiap
dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan sabitan dan yang berupa telah ditandatangani oleh pegawai yang menjaga mana-
mana penjara di Malaysia, dan hendaklah juga menganggap bahawa pegawai yang olehnya dokumen itu berupa telah ditandatangani ialah, semasa dia menandatangani dokumen itu, pegawai yang menjaga penjara yang disebut dalam dokumen itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.