Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VII - Peruntukan Tambahan

Bab

6 - Darihal Pelupusan Barang Kes dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan

Seksyen

201

Tajuk

Mahkamah hendaklah menimbangkan cara melupuskan barang kes
201 [1]

Apabila berakhir mana-mana prosiding di bawah Enakmen ini, Mahkamah hendaklah menimbangkan cara bagaimana barang kes hendaklah dilupuskan dan boleh membuat apa-apa perintah bagi maksud itu.

201 [2]

Jika Mahkamah tidak membuat perintah tentang pelupusan barang kes itu, barang kes itu hendaklah diserahkan kepada Pendakwa yang bertanggungjawab kepada prosiding itu dan boleh diperlakukan oleh Pendakwa itu mengikut peruntukan Bab ini seolah-olah Mahkamah itu telah membuat perintah atau perintah-perintah yang bermaksud sedemikian.

201 [3]

Jika Pendakwa pada bila-bila masa ragu-ragu tentang cara
yang patut bagi melupuskan mana-mana barang kes, atau jika mana-mana orang menuntut supaya diserahkan kepadanya mana-mana barang kes dan Pendakwa enggan membuat penyerahan sedemikian, maka Pendakwa atau orang itu boleh memohon kepada Mahkamah yang memutuskan kes itu dan Mahkamah itu hendaklah membuat apa-apa perintah berkenaan dengan pelupusan barang kes itu sebagaimana yang patut.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.