Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

V - Akses ke atas Tanah

Seksyen

88

Tajuk

Akses ke atas Tanah Rizab atau Kawasan Hutan Simpanan untuk Penjelajahan
88 [1]

Jika mana-mana tanah yang berkenaan dengannya 5uatu lesen mencarigali atau lesen telah diberikan termasuklah mana-mana tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan 1tu tidak boleh menjalankan apa- apa kerja penjelajahan, selain daripada kerja yang dijalankan dari pengamatan udara atau melalui kaedah penderiaan jauh, berkenaan dengan tanah rizab atau kawas an hutan simpanan 1tu melainkan jika kerja penjelajahan itu dijalankan mengikut apa-apa cara dan tertakluk kepada apa-apa kehendak yang  ditetapkan  di ba wah undang-undang yang mengisytiharkan atau mewujudkan perizaban itu.

88 [2]

Tertakluk kepada subseksyen (3), jika undang- undang yang di bawahnya perizaban itu  diisytiharkan atau diwujudkan tidak menetapkan cara bagaimana apa- apa kerja penjelajahan boleh dijalankan maka pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan tidak boleh menjalankan apa-apa kerja penjelajahan, selain daripada kerja yang dijalankan dari pengamatan udara atau melalui kaedah penderiaan jauh, berkenaan dengan tanah rizab atau kawasan hutan simpanan itu melainkan jika pemegang lesen itu telah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah itu sebelum memulakan kerja penjelajahan.

88 [3]

Jika suatu lesen pendudukan sementara atau suatu hak yang seumpamanya untuk menggunakan tanah itu telah diberikan ke atas mana-mana tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu tidak boleh menjalankan apa-apa kerja penjelajahan, selain daripada kerja yang dijalankan dari pengamatan udara atau melalui kaedah penderiaan jauh, berkenaan dengan tanah itu melainkan jika pemegang lesen itu telah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis pemegang lesen pendudukan sementara atau hak yang seumpamanya itu.

 

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.