Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

III - Tenemen Mineral - AM

Seksyen

12

Tajuk

Orang yang kepadanya tenemen mineral boleh diberikan atau dipindahmilikkan
12 [1]

Tertakluk kepada Enakmen ini, sesuatu tenemen mineral hanya boleh diberikan atau dipindahmilikkan kepada-

(a) seseorang orang sebenar;

(b) sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang yang releven berhubungan dengan syarikat dan dibenarkan oleh perlembagaannya untuk memegang tanah lombong;

(c) sesuatu badan atau badan berkanun yang diberikuasa umtuk memegang tanah atau tanah lombong di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau

(d) sesuatu syarikat asing sebagaimana yang ditafsirkan dalam undang-undang yang relevan berhubungan dengan syarikat dan didaftarkan sedemikian di bawah undang-undang tersebut dan dibenarkan oleh perlembagaannya untuk memegang tanah lombong.

12 [2]

Tertakluk kepada Enakmen ini, mana-mana orang boleh diberikan lebih daripada satu tenemen mineral.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.