Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

101

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan permit air
101 [1]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu permit air hendaklah dibuat oleh pemegang sesuatu tenemen mineral kepada Lembaga dalam bentuk yang ditetapkan.

101 [2]

Lembaga boleh, selepas berunding dengan mana- mana pihak berkuasa lain yang relevan yang difikirkannya perlu dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon suatu permit air dalam Borang I yang dinyatakan dalam Jadual I tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan.

101 [3]

Tempoh suatu permit air—

(a) tidak boleh melebihi satu tahun tetapi boleh, apabila dibuat permohonan dalam bentuk yang ditetapkan, dibaharui mengikut budi bicara Lembaga dan apabila permit air itu dibaharui ia—

(i) boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya patut; dan

(ii) hendaklah mengendorskan pada permit itu butir tentang pembaharuan itu; dan

(b) tidak boleh melebihi tarikh habis tempoh tenemen mineral yang baginya air hendak digunakan.

101 [4]

Suatu permit air hendaklah membenarkan pemegangnya melencongkan, menggunakan dan membuang mana-mana air sebagaimana yang dinyatakan dalamnya, di mana-mana tempat, melalui apa-apa jalan, mengikut apa-apa cara, dalam apa-apa kuantiti dan atas apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga.

101 [5]

Suatu permit air tidaklah boleh membenarkan pemegangnya membina apa-apa kerja—

(a) di atas tanah berimilik atau tanah pendudukan kecuali dengan kebenaran bertulis pemunyanya; atau

(b) di atas tanah rizab kecuali dengan kebenaran bertulis pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atasnya.

 

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.