Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

99

Tajuk

Hak menggunakan air boleh menjadi tertakluk kepada lesen
99 [1]

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian V Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, subseksyen (2) dan seksyen 112, pemegang sesuatu tenemen mineral berhak menikmati air yang didapati di atas tanah yang menjadi subjek tenemen mineral itu bagi maksud tenemen itu.

 

99 [2]

Tiada    pemegang    sesuatu   tenemen  mineral boleh—

(a) membuat, menyebabkan atau membenarkan dibuat, apa-apa pengubahan bekalan air pada mana-mana tanah bagi maksud tenemen mineral itu yang boleh secara memudaratkan menjejaskan bekalan air yang dinikmati oleh mana-mana orang atau tanah lain;

(b) memperolehi atau menyebabkan diperolehi mana-mana bekalan air dari mana-mana sungai, anak sungai atau alur air yang mengalir ke atas atau di bawah tanah yang menjadi subjek suatu tenemen mineral; atau

(c) melencongkan atau menyebabkan dilencongkan mana-mana bekalan air dari tanah di luar kawasan yang diliputi oleh tenemen mineral itu ke tanah yang menjadi subjek tenemen mineral itu,

kecuali di bawah kuasa dan mengikut terma atau syarat suatu lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini.

99 [3]

Bila mana apa-apa pengubahan atau pelencongan telah dibuat kepada mana-mana bekalan air, pemegang tenemen mineral yang mendapat manfaat daripadanya hendaklah, dalam ketiadaan bukti sebaliknya, dianggap telah melakukan pengubahan atau pelencongan itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.