Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

56

Tajuk

Pembatalan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan
56 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, selepas berunding dengan Jawatankuasa, memb a talk an suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan jika ia berpuas hati bahawa pemegang lesen itu—

  • telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu; atau
  • telah melangg ar mana-mana peruntukan Enakmen ini.
56 [2]

Bagi maksud subseksyen (1), Pihalc Berkuasa Negeri hendaklah menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada pemegang lesen mencai igali atau lesen penjelajahan notls bertulis tentang niatnya untuk membatalkan lesen itu dan alasan yang berdasarkannya ia bercadang mengambil tindakan sedemikian, dan ia hendaklah memberi pemegang lesen itu peluang untuk membuat representasi bertulis mengenainya dalam masa tiga puluh hari dari tai’ikh penyampaian notis

56 [3]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah juga menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada mana-mana orang atau badan—

  • yang mempunyai suatu kepentlngan yang sah menyentuh tanah yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan; atau
  • yang secara sah menduduki mana-mana bahagian tanah yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan,

suatu salinan notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (2) yang padanya hendaklah dilampirkan notis tambahan dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan

56 [4]

Apabila habis tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (2) dan selepas menimbangkan apa- apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan selepas mengadakan suatu siasatan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memutuskan—

  • sama ada  hendak  meneruskan  tindakan yang dicadangkan itu;
  • sama ada hendak mengambil tindakan di bawah seksyen 57; atau
  • sama ada  tidak   akan   mengambi 1 tindakan selanjutnya.
56 [5]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberl pemegang lesen mericarlgali atau lesen penjelajahan itu notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (4).

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.