Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XI - PENGUATKUASAAN, PENYIASATAN, KETERANGAN, KESALAHAN DAN PENALTI

Seksyen

149

Tajuk

Perlindungan informer
149 [1]

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan mendedah nama atau alamat  mana-mana  informer  atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau untuk menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa dirinya diketahui.

149 [2]

Jika apa-apa buku, dokumen atau surat yang di bawah keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana- mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa apa pencatatan yang menamakan atau memperihalkan informer atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan segala petikan sedemikian disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi informer itu daripada diketahui.

149 [3]

Jika dalam perbicaraan mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini mahkamah selepas siasatan penuh ke atas kes itu menipercayai bahawa informer itu dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayainya sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak terhadap prosiding itu tanpa identiti informer itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal, jika bertulis dikemukakan, dan membenarkan siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya, iiiengenai informer

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.