Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

69

Tajuk

Penerima Pajak hendaklah diberikan keutamaan apabila Memohon untuk Mendapatkan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan berkenaan dengan kawasan berdampingan
69 [69]

Tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini, penerima pajak suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar bo leh memohon untuk mendapatkan dan hendaklah diberikan atas dasar keutamaan suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan bagi kawasan-kawasan yang berdampingan dengan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan jika—

  • tiada tenemen mineral yang lain telah diberikan bagi tanah berdampingan itu;
  • penerima pajak itu telah mematuhi kehendak Enakmen ini; dan
  • penerima pajak itu telah mematuhi terma atau syarat yang dinyatakan dalam pajakan melombong

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.