Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

X - PEMULIHAN

Seksyen

129

Tajuk

Kumpulan Wang Pemulihan Bersama.
129 [1]

Maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Pemulihan Bersama.bagi maksud pemulihan tanah lombong yang menjadl subjek pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala

129 [2]

Kumpulan  Wang  hendaklah  ditadbirkan oleh Jawatankuasa.

129 [3]

Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang—

  • apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan setiap tahun oleh Dew an Undangan Negeri bagi maksud Kumpulan Wang;
  • apa-apa pinjaman atau pemberian yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh Kerajaan Persekutuan bagi maksud Kumpulan Wang; dan
  • f1 pemulihan yang kena dibayar di bawah subseksyen (4).
129 [4]

Bagi maksud Kumpulan Wang, trap-tiap pemegang suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil hendaklah membayar ke dalam Kumpulan Wang—

  • suatu fi tahunan pada kadar satu peratus daripada nilai jualan kasar semua mineral yang didapatkan dalam suatu tahun kalendar dari tanah lombong yang tertakluk kepada pajakan itu; atau
  • suatu fi tahunan yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang lebih besar.
129 [5]

Subseksyen (4) tidak terpakai bagi mana-mana penerima pajak yang dibenarkan mengubah pengendalian melombong daripada suatu pengendalian skala besar kepada pengendalian skala

129 [6]

Apa-apa wang yang dibayar ke dalam Kumpulan Wang dan apa-apa jumlah wang yang terakru daripadanya—

  • hendaklah didepositkan ke dalam mana-mana bank yang dilesenkan sewajarnya di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1990: atau
  • boleh dilaburkan mengikut peruntukan Akta Pemegang Amanah
129 [7]

Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi maksud yang berikut:

(a) penyediaan pelan pemulihan oleh Jawatankuasa bagi—

(i) mana-mana tanah, selain daripada tanah berimilik, yang terjejas oleh perlombongan sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa; atau

(ii) mana-mana tanah Kerajaan atau tanah rizab yang terjejas oleh perlombongan selepas Enakmen ini mula berkuatkuasa; dan

(b) pelaksanaan mana-mana pelan yang disebut dalam perenggan (a) yang diluluskan oleh

129 [8]

Jawatankuasa hendaklah—

(a) menyimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan pengendalian Kumpulan Wang;

(b)    menyebabkan disediakan suatu penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan;

(c) menyebabkan akaunnya diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara; dan

(d) sebaik sahaja akaun Kumpulan Wang telah diaudit, tetapi tidak terkemudian dari enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan, menyebabkan suatu salinan penyata akaun teraudit dihantarkan kepada Pihak Berkuasa Negeri beserta dengan suatu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai penyata atau akaun

129 [9]

Suatu salinan peny ata dan pandangan yang dihantarkan kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah perenggan (8)(d) hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri dengan seberapa segera yang praktik selepas

129 [10]

Jawatankuasa hendaklah menyimpan suatu rekod pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (4) dan pada setiap tahun mengadakan salinan rekod sedemikian kepada Pihak Berkuasa Negeri dan

 

129 [11]

Fee yang kena dibayar di bawah subseksyen (4) hendaklah dibayar mengikut apa-apa cara yang

129 [12]

Dalam seksyen  ini, “Kumpulan Wang” ertinya “Kumpulan Wang Pemulihan Bersama yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.