Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VIII - PERUNTUKAN MENGENAI AIR

Seksyen

112

Tajuk

Pemegang tenemen mineral untuk membenarkan orang lain menggunakan air lebihan dan buangan
112 [1]

Lembaga boleh, melalui suatu perintah bertulis, mengarah pemegang sesuatu tenemen mineral untuk membenarkan mana-mana orang lain memasuki tanah yang menjadi subjek tenemen mineral itu  dan  sesudah itu untuk mendirikan, membina dan menyenggara, atas perbelanjaan orang itu sendiri, apa-apa pam, talian paip, flum, penderas atau alur air yang, pada pendapat Lembaga, perlu untuk membolehkannya mendapat manfaat daripada air lebihan atau buangan dari tanah itu, dan menukarkan air itu untuk kegunaannya sendiri:

Dengan syarat bahawa tiada penggunaan, binaan, pembinaan atau penyenggaraan sedemikian boleh dibenarkan atau diteruskan jika dibuktikan bahawa ia menyebabkan atau mungkin menyebabkan kesan atau akibat yang memudaratkan ke atas atau kepada apa-apa pengendalian melombong yang sebenar atau prospektif yang sedang atau mungkin dimulakan atau dijalankan di atas tanah yang tersentuh oleh tenemen mineral itu.

112 [2]

Jika mana-mana tanah yang menjadi subjek sesuatu tenemen mineral tersentuh oleh suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), pemegang tenemen mineral itu boleh, dalam masa enam puluh hari dari tarikh pemberitahuan perintah itu, merayu terhadap perintah sedemikian kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.

 

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.