Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XI - PENGUATKUASAAN, PENYIASATAN, KETERANGAN, KESALAHAN DAN PENALTI

Seksyen

141

Tajuk

Pelucuthakan benda yang disita.
141 [1]

Apa-apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini boleh

141 [2]

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengan benda itu telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkainah bahawa suatu kesalahan di bawah Enakmen ini telah dilakukan dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

141 [3]

Jika tidak ada pandakwaan berkenaan dengan apa- apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis kepada orang yang daripadanya benda itu disita yang menunjukkan bahawa tidak ada pendakwaan dibuat berkenaan dengan benda itu, melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan terhadapnya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

141 [4]

Mana-mana orang  yang  menegaskan  bahawa dia ialah  pemunya  benda  yang  disebut  dalam  subseksyen (3) dan bahawa benda itu bukanlah benda yang boleh dilucuthakkan boleh memberikan notls bertulis secai’a sendiri atau melalui ejennya yang diberikuasa secara bertulis kepada pegawai diberikuasa yang dalam milikannya benda itu disimpan bahawa dia menuntut benda

141 [5]

Apabila menerima notis yang disebut dalam subseksyen (4), pegawai diberikuasa itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pengarah yang—

  • boleh memerintahkan supaya benda itu dilepaskan; atau
  • boleh mengarahkan pegawai diberikuasa itu merujukkan perkara itu kepada seorang Majistret bagi keputusan.
141 [6]

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah perenggan (5)(b) hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya benda itu dan orang yang daripadanya benda itu disita supaya hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadlr atau jika  mereka ingkar hadir, setelah dibuktikan penyampalan wajar saman itu, Majistret itu hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Enakmen ini telah dilakukan dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan siipaya  benda  itu dilucuthakkan dan hendaklah jika tidak terbukti sedemikian, memerintahkan supaya benda itu dilepaskan.

141 [7]

Apa- apa benda yang ter lucuthak atau yang disifatkan telah terlucuthak hendaklah diserahkan kepada Pengarah dan hendaklah dilupuskan oleh Pengarah—

(a) mengikut arahan Majistret; atau

(b) jika tiada arahan sedemikian, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.

141 [8]

Jika apa-apa benda yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan mli bawah Enakmen ini ialah daripada jenis yang mudah musnah atau adalah tertakluk kepada reput yang cepat dan semulajafli atau jtka penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tak munasabah. atau dipercayai menyebabkan penggalangan atau bahaya kepada awam, Pengarah boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa- apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.