Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

102

Tajuk

Penggantungan sementara lesen air
102 [1]

Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis kepada pemegang lesen air, menggantung sementara bagi suatu tempoh tidak melebihi sembilan puluh hari semua atau mana-mana hak yang diberikan di bawah suatu lesen air yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini jika ia berpuas hati bahawa—

(a) pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang diambil bekerja olehnya—

(i) telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu; atau

(ii) telah melanggar mana-mana peruntukan Enakmen ini dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999; atau

(b) keadaan kemarau yang teruk menghendaki supaya air hendaklah dijadikan tersedia bagi maksud awam yang lain.

102 [2]

Keputusan Lembaga menggantungkan suatu lesen air di bawah subseksyen (1) adalah muktamad.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.