Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

110

Tajuk

Pelancongan Air dari atau menerusi Tanah Bermilik, dsb.
110 [1]

Jika suatu lesen air yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini memberi kebenaran untuk melencongkan air dari atau merentasi mana-mana tanah berimilik, tanah pendudukan, tanah Kerajaan, tanah rizab, kawasan hutan simpanan atau tanah lombong, maka adalah sah bagi pemegangnya—

(a) untuk memasuki tanah itu bagi maksud yang dinyatakan dalam lesen itu;

(b) untuk menjalankan segala atau mana-mana kerja yang dibenarkannya; dan

(c) untuk melaksanakan segala atau mana-mana hak yang diberikan kepadanya:

Dengan syarat bahawa pemegang lesen air itu hendaklah menghantar suatu notis bertulis sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mana-mana kemasukan sedemikian kepada pemunya atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberitahu pemunya itu atau Lembaga tentang niat demikian dan tentang hak pemunya itu atau Lembaga mendapat pampasan sebagaimana y ang diperuntukkan di bawah subseksyen (3).

110 [2]

Jika suatu permit air yang diberikan di bawah Bahagian ini memberi kebenaran untuk melencongkan air dari atau merentasi tanah Kerajaan atau tanah lombong, maka adalah sah bagi pemegangnya—

(a) untuk memasuki tanah itu bagi maksud yang dinyatakan dalam lesen itu;

(b) untuk menjalankan segala atau mana-mana kerja yang dibenarkannya; dan

(c) untuk melaksanakan segala atau mana-mana hak yang diberikan kepadanya.

110 [3]

Pemegang lesen air atau permit air adalah bertanggungan membuat pampasan kepada pemunya atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi mana-mana tanah yang terjejas oleh kerja atau pelaksanaan hak di bawah subseksyen (1) atau (2), dan dalam ketiadaan apa-apa persetujuan antara pemegang lesen dan pemunya tersebut atau Lembaga berkenaan dengan apa-apa pampasan, pampasan sedemikian hendaklah ditentukan oleh Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.

110 [4]

Mana-mana orang yang terkilan dengan mana-mana keputusan yang dibuat di bawah subseksyen (3) boleh, dalam masa tiga puluh hari dari masa diberitahu tentang keputusan itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi.

110 [5]

Jika—

(a) kerja pelencongan telah diletakkan di atas tanah yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2); dan

(b) pemunya tanah yang kerja pelencongan merentasi tanahnya berhasrat untuk menggunakan atau menguruskan tanahnya mengikut sedemikian cara yang menjadikannya perlu atau wajar kerja pelencongan itu dipindahkan atau diubahkan ke suatu bahagian lain tanah itu,

pemunya tanah itu boleh, melalui notis secara bertulis, menuntut supaya pemegang lesen air atau permit air itu memindahkan atau mengubah kerja pelencongan itu dalam suatu tempoh yang munasabah.

110 [6]

Jika pemegang lesen air atau permit air tidak mematuhi tuntutan yang dibuat di bawah subseksyen (5), pemunya tanah itu boleh memohon kepada Lembaga untuk memerintahkan pemindahan atau pengubahan kerja pelencongan itu.

110 [7]

Lembaga yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (6) boleh, menglkut budi bicaranya, menolak permohonan itu atau membuat suatu perintah, dengan atau tanpa syarat, bagi pemindahan atau pengubahan kerja pelencongan itu.

110 [8]

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Lembaga di bawah subseksyen (7) boleh, dalam masa tiga puluh hari dari masa diberitahu tentang keputusan itu, merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.