Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XI - PENGUATKUASAAN, PENYIASATAN, KETERANGAN, KESALAHAN DAN PENALTI

Bab

2 - KETERANGAN

Seksyen

145

Tajuk

Anggapan bahawa mineral adalah kepunyaan Pihak Berkuasa Negeri.
145

Jika dalam mana-mana prosiding yang diambil di bawah Enakmen ini atau berbangkit daripada  apa-apa jua yang dilakukan di bawah Enakmen ini timbul soal sama ada apa-apa mineral atau keluaran mineral ialah harta Pihak Berkuasa Negeri, mineral atau keluaran mineral itu hendaklah disifatkan menjadi harta Pihak Berkuasa Negeri melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.