Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

81

Tajuk

Permohonan untuk Mendapatkan Lesen Melombong Tuan punya.
81 [1]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen melombong tuan punya hendaklah dibuat oleh pemunya mana-mana tanah berimilik kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bentuk yang

81 [2]

Tiada lesen melombong tuan punya boleh diberikan berkenaan dengan mana-mana kawasan di dalam kawasan mencarigali atau penjelajahan yang berkenaan dengannya suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan kecuali dengan kebenaran bertulis pemegang lesen itu.

81 [3]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen melombong tuan punya hendaklah disertakan dengan suatu kajian prakebolehlaksanaan yang hendaklah termasuk—

  • suatu perihal am tentang skim perlombongan yang dicadangkan;
  • tarikh permulaan pengeluaran mineral yang dijangkakan (yang hendaklah dinyatakan sebagai bilangan bulan dari tarikh lesen melombong tuan punya itu dikeluarkan);
  • suatu jadual pengeluaran tahunan bijih mentah yang dlanggarkan selama tempoh lesen melombong tuan punya; dan
  • apa-apa maklumat lain yang ditetapkan atau yang diminta oleh
81 [4]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan syornya.

81 [5]

Dalam menimbangkan permohonan untuk mendapatkan suatu lesen melombong tuan punya bagi maksud membuat syornya Jawatankuasa hendaklah menentusahkan bahawa pemohon itu—

  • telah mematuhi kehendak Enakmen ini; dan
  • adalah layak dari segi teknik dan kewangan untuk membangun dan melombong kawasan yang dimaksudkan dalam permohonan
81 [6]

Jawatankuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas menimbangkan permohonan itu, menghantar kepada Pihak Berkuasa Negeri laporan dan syornya sama ada permohonan itu patut—

(a) diluluskan, keseluruhannya atau sebahagiannya—

  • dengan mengesahkan bahawa pemohon itu telah mematuhi kehendak Enakmen ini; dan
  • dengan menyatakan terma atau syarat yang tertakluk kepadanya lesen itu hendaklah diberikan; atau

(b) ditolak

81 [7]

Apabila menerima laporan dan syor Jawatankuasa di bawah subseksyen (6), Pihak Berkuasa Negeri boleh, tertakluk kepada subseksyen (9), meluluskan atau menolak permohonan itu sama ada atau tidak Jawatankuasa mengesyorkan kelulusan permohonan itu atau penolakannya dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri adalah

81 [8]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberitahu—

(a) pemohon;

(b) Jawatankuasa; dan

(c) Pengarah,

secara bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (7).

81 [9]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, memberi lesen melombong tuan punya jika—

(a) pemohon juga merupakan pemegang suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, mengikut tnana-mana yang berkenaan, yang meliputi tanah itu; dan

(b) Jawatankuasa telah mengesyorkan supaya permohonan itu diluluskan.

81 [10]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen melombong tuan punya diluluskan Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas  diberitahu di bawah perenggan (8)(rj, dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, mendaftarkan suratcara lesen melombong tuan punya dan mengeluarkan kepada pemohon suatu lesen melombong tuan punya dalam Borang G yang dinyatakan dalam Jadual I tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang

81 [11]

Jika pemohon  itu   tidak    membayar    fi yang ditetapkan bagi suatu lesen melombong tuan punya dalam masa enam puluh hari selepas diberitahu tentang kelulusannya, kelulusan itu hendaklah disifatkan

81 [12]

Apabila suatu lesen melombong tuan punya didaftarkan dalam daftar lesen melombong tuan punya—

  • Pengarah hendaklah merekodkan atau menyebabkan direkodkan suatu catatan tentang pendaftaran itu dalam daftar yang dalamnya hakmilik tanah yang dllesenkan untuk dilombongkan itu direkodkan; dan
  • Pendaftar atau Pentadbir Tanah, mengikut mana- mana yang berkenaan, hendaklah memberitahu Pengarah tentang apa-apa catatan, nota atau memorial yang dibuat atau dikenselkan dalam daftar dokumen hakmilik yang berkenaan dengannya lesen melombong tuan punya telah dikeluarkan dan Pengarah hendaklah, apabila diberitahu sedemikian, membuat ap a-apa perubahan yang perlu dalam lesen
81 [13]

Hak dan obligasi di bawah sesuatu lesen melombong tuan punya hendaklah, selama lesen itu terus berkuatkuasa, berhubung-kait dengan dan tak boleh dipisahkan daripada hakmilik berdaftar tanah yang dllesenkan sedemikian untuk

81 [14]

Suatu lesen melombong tuan punya tidak boleh dipindahmilikkan atau digadai atau diuruskan selain daripada men8ikut cara dan bersampingan dengan sesuatu pemindahmilikan atau gadaian, atau urusan lain dengan, hakmilik tanah yang dilesenkan untuk dilombong:

 

Dengan syarat bahawa tiap-tiap pemindahmilikan atau gadaian, atau urnsan lain dengan, hakmilik tersebut hendaklah meluas kepada dan termasuk hak melombong yang diberikan oleh lesen itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.