Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

177

Tajuk

Lapangan terhadap Pendedahan Maklumat
177 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada apa apa maklumat yang terkandung dalam apa-apa laporan yang dikemukakan bagi memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan mana-mana lesen mencarigali atau lesen penjelajahan kepada mana-mana pegawai diberikuasa boleh didedahkan oleh pegawai diberikuasa itii—

  • selama tempoh tiga tahun dari tarikh laporan itu dikemukakan; atau
  • selama tempoh satu tahun dai‘i tarikh penamatan lesen itu,

 

mengikut mana-mana tempoh yang mula-mula habis tempoh sedemikian, kecuali dengan keizinan bertulis pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu.

177 [2]

Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada maklumat yang terkandung dalam apa-apa laporan yang dikemukaka nbagi memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapka n berkenaan dengan mana-mama pajakan melombong atau lesen melombong tuan punya kepada mana-mana pegawai diberikuasa boleh didedahkan oleh pegawai diberikuasa itu selama tempoh satu tahun dari tarikh penamatan pajakan atau lesen itu kecuali dengan keizinan bertulis pemegang pajakan melombong atau lesen melombong tuan punya

177 [3]

Segala maklumat y ang dikemukakan bagi menyokong sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu tenemen mineral atau untuk memb aharuinya dan dibekalkan kepada mana-mana pegawai diberikuasa hendaklah disimpan sulit oleh pegawai diberikuasa itu—

  • jika permohonan itu ditolak, selama tempoh enam  bulan dari tarikh penolakan itu; atau
  • jika permohonan itii diluluskan, selama tempoh enam bulan dari tarikh penamatan tenemen mineral
177 [4]

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1), (2) atau (3) boleh berkuatkuasa untuk menghalang pendedahan maklumat jika pendedahan itu dibuat—

  • bagi atau berkaitan dengan pentadbiran sewajarnya Enakmen in1;
  • bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang;
  • bagi maksud apa-apa penyiasatan atau siasatan yang dijalankan di bawah Enakmen ini;
  • kepada mana-mana perunding  kepada  Pihak B er kuas a Negeri atau kepada mana- mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis oleh Pengarah untuk menerima maklumat itu; atau
  • bagi atau berkaitan dengan penyediaan perangkaan oleh Pihak Berkuasa Negeri Sabah dan Sarawak: Kerajaan Negerl] atau Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan penjelajahan atau pengendalian
177 [5]

Dalam seksyen ini, “tarikh penamatan” ertinya—

  • berhubungan dengan suatu lesen mencarigali, lesen penjelajahan dan lesen melombong tuan punya, tarikh penyerahan, pembatalan atau habis tempoh lesen itu, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu; dan
  • berhubungan dengan suatu pajakan melombong, tarikh penyerahan, pelucuthakan atau habis tempoh, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.