Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

76

Tajuk

Tanggungan untuk Dilucuthakkan.
76 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, .selepas berunding dengan Jawatankuasa, melucuthakkan tanah lorribong yang berkenaan dengannya suatu pajakan m•-lombong telah diberikan jika  ia berpuas  hati  bahawa  peneriffia pajak

(a) telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam pajakan itu; atau

(b) telah          melanggar        mana-mana      peruntukan Enakmen ini.

76 [2]

Bagi maksud subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada penerima pajak notis bertulis tentang niatnya untuk melucuthakkan tanah lombong itu dan alasan yang berdasarkannya ia bercadang untuk mengambil tindakan sedemikian, dan ia hendaklah memberi penerima pajak itu peluang untuk membuat representasi bertulis mengenainya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis itu.

76 [3]

Pihak Berkuasa Negeri  hendaklah  juga menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada mana-mana orang atau badan—

  • yang mempunyai suatu kepentingan yang sah menyentuh tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan; atau
  • yang secara sah menduduki mana-mana bahagian tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan,

 

suatu salinan notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (2) yang padanya hendaklah dilampirkan notis tambahan dalam apa-apa bentuk yang

76 [4]

Apabila habis tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (2) dan selepas menimbangkan apa- apa representasi yang  dibuat  oleh  penerima  pajak  itu dan selepas mengadakan suatu siasatan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memutiiskan—

  • sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu;
  • sama ada hendak mengambil tindakan di bawah seksyen 77; atau
  • sama ada tidak akan mengambil tindakan selanjutnya.
76 [5]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi penerima pajak itu notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (4).

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.