Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

179

Tajuk

Kad kuasa
179 [1]

Tiap-tiap pegawai diberikuasa yang diberi kuasa untuk bertindak di bawah Enakmen ini hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya pegawai diberikuasa itu bertindak atau yang daripadanya pegawai diberikuasa itu meminta apa-apa maklumat kad kuasanya yang dikeluarkan secara rasmi

179 [2]

Mana-mana orang boleh enggan  mematuhi  apa- apa permintaan, kehendak atau perintah mana-mana pegawai diberikuasa yang bertindak di bawah Enakmen ini jika pegawai diberikuasa itu enggan menyatakan jawatannya dan mengemukakan kad kuasanya apabila diminta oleh orang itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.