Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

63

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan pajakan melombong
63 [1]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu pajakan melombong hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bentuk yang ditetapkan.

63 [2]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu pajakan melombong hendaklah disertakan dengan suatu kajian prakebolehlaksanaan yang hendaklah termasuk—

(a) suatu perihal am skim melombong yang dicadangkan;

(b) tarikh permulaan pengeluaran mineral yang dijangkakan (yang hendaklah dinyatakan sebagai bilangan bulan dari tarikh pajakan melombong itu dikeluarkan);

(c) suatu jadual pengeluaran tahunan bijih mentah yang diang g ar kan bagi tempoh pajakan melombong itu;

(d) apa-apa maklumat  yang  ditetapkan; dan

(e) apa-apa maklumat lain yang semunasabahnya dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam menunaikan fungsinya berhubungan dengan permohonan

63 [3]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan syornya.

63 [4]

Dalam menimbangkan permohonan untuk mendapatkan suatu pajakan melombong bagi maksud membuat syornya, Jawatankuasa hendaklah menentusahkan bahawa pemohon itu—

  • telah mematuhi kehendak Enakmen ini; dan
  • adalah layak dari segi teknik dan kewangan untuk membangun dan melombong kawasan yang dimaksudkan dalam permohonan itu.
63 [5]

Jawatankuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas menimbangkan permohonan itu, menghantar kepada Pihak Berkuasa Negeri laporan dan syornya sama ada permohonan itu patut—

(a) diluluskan, keseluruhannya atau sebahagiannya—

  • dengan mengesahkan bahawa pemohon itu telah mematuhi kehendak Enakmen ini; dan
  • dengan menyatakan terma atau syarat yang tertakluk kepadanya pajakan itu boleh diberikan; atau

(b) ditolak.

63 [6]

Apabila menerima laporan dan syor Jawatankuasa di bawah subseksyen (5), Pihak Berkuasa Negeri boleh, tertakluk kepada subseksyen (8) dan mana-mana peruntukan lain Enakmen ini, meluluskan atau menolak permohonan itu sama ada atau tidak Jawatankiias a mengesyorkan kelulusan permohonan itu atau penolakannya dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri adalah

63 [7]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberitahu—

  • pemohon;
  • Jawatankuasa; dan
  • Pengarah,

secara bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (6).

63 [8]

Dalam hal jika—

(a) Jawatanku asa membuat syor sup aya suatu pajakan melombong diluluskan kepada dua pemohon atau lebih;

(b) kawasan yang dimaksudkan dalam permohonan itu bertindih keseluruhannya atau sebahagiannya; dan

(c) kawasan yang bertindih itu tidaklah tertakluk kepada suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan,

Pihak BerkuaSa Negeri boleh memberikan kawasan yang bertindih itu kepada pemohon yang didapatinya paling layak untuk melombong kawasan itu.

63 [9]

Suatu pajakan melombong yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan sama ada penerima pajak dibenarkan menjalankan—

  • suatu pengendalian skala kecil; atau
  • suatu pengendalian skala
63 [10]

Mana-mana orang yang, pada masa permohonan itu—

  • memegang suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan yang sah yang meliputi kawasan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu;
  • memegang suatu pajakan melombong yang sah yang membenarkan pengendalian skala besar bagi kawasan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu dan memohon untuk mengubah pajakan itu kepada pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil;
  • memegang suatu pajakan melombong yang sah yang meliputi kawasan tanah berdampingan dengan kawasan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu; atau
  • boleh menunjukkan sehingga memuaskan hati Jawatankuasa bahawa paras kerja penjelajahan atau perlombongan yang dahulu, atau kedua- duanya, di dalam kawasan itu atau kawasan yang bersempadanan dengan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu memberi maklumat geologi yang mencukupi bagi menyokong permohonan itu,

boleh dibenarkan untuk menjalankan suatu pengendalian skala kecil.

 

63 [11]

Mana-mana orang yang, pada masa permohonan itu—

(a) memegang suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan yang sah yang meliputi kawasan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu; atau

(b) memegang suatu pajakan melombong yang sah yang membenarkan pengendalian skala kecil bagi kawasan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu dan memohon untuk mengubah pajakan itu kepada pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar, boleh dibenarkan untuk menjalankan suatu pengendalian skala besar.

63 [12]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu pajakan melombong dibenarkan, Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang pral‹tik selepas diberitahu di bawah perenggan 7(cj—

  • apabila dibayar fi yang ditetapkan;
  • apabila dibayar sewa tahun pertama; dan
  • tertakluk kepada pematuhan kehendalc pengukuran sempadan di bawah seksyen 65, dan apabila dibayar fi pengukuran, jika pengukuran dijalankan oleh Pegawai Ukur; dan
  • apabila dibayar fi bagi pelan pajakan melombong,

mengeluarkan kepada pemohon pajakan melombong dalam Borang F yang dinyatakan dalam Jadual I—

  • tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan; dan
  • menyatakan sama ada pajakan melombong itu membenarkan suatu pengendalian skala kecil atau pengendalian skala

 

63 [13]

Jika pemohon itu gagal membayar fi yang ditetapkan, sewa tahun pertama dan fi pengukuran yang dikehendaki di bawah subseksyen (12) dalam masa enam puluh hai‘i selepas diberitahu  tentang  kelulusan pajakan

63 [14]

Seksyen 84 dan 96 Kanun Tanah Negara hendaklah terpakai bagi pengiraan amaun sewa yang dikehendaki dibayar d1 bawah subseksyen (12).

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.