Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

III - Tenemen Mineral - AM

Seksyen

19

Tajuk

Permohonan bagi pemindahmilikan tenemen mineral.
19 [1]

Sesuatu permohonan bagi pemindahmilikan suatu tenemen mineral hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bentuk yang ditetapkan.

19 [2]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan syornya.

19 [3]

Jawatankuasa hendaklah, dalam menimbangkan permohonan itu bagi maksud membuat syornya, mengambil kira kelayakan yang disebut—

  • dalam hal suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, dalam perenggan 41(3)(b),’
  • dalam hal suatu pajakan melombong, dalam perenggan 63t4)(b)  dan
  • dalam hal suatu lesen  melombong  tuan punya, dalam perenggan 81(5)(b).
19 [4]

Jawatankuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas menimbangkan permohonan itu, menghantar syornya kepada Pihak Berkuasa Negeri.

19 [5]

Apabila menerima syor Jawatankuasa di bawah subseksyen (4), Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskan atau menolak permohonan itu sama ada atau tidak Jawatankuasa mengesyorkan supaya permohonan itu diluluskan atau ditolak.

19 [6]

Pemindahmilikan sesuatu tenemen mineral hendaklah berkuatkuasa—

(a) apabila dibayar fi yang ditetapkan; dan

(b) apabila pemindahmilikan itu dicatatkan dalam daftar yang berkenaan menurut seksyen 120.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.