Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

51

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan pemberian pajakan melombong oleh pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan.
51 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) atau (4) dan peruntukan lain Enakmen ini, pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan boleh meinohon untuk mendapatkan satu atau lebih pajakan melombong berkenaan dengan mana-mana bahagian tanah yang tertakluk kepada lesen itu.

51 [2]

Jika tanah yang berkenaan dengannya lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan terdiri daripada, keseluruhannya atau sebahagiannya, tanah berimilik atau tanah pendudukan jangkaan hakmilik, hak pemegang lesen itu untuk diberikan pajakan melombong ke atas tanah itu hendaklah tertakluk kepada syarat—

(a) bahawa pemegang lesen itu mempunyai ketuanpunyaan tanah itu; atau

(b) bahawa pemegang lesen itu telah membayar kos pengambilann ya dan tanah berkenaan telah diambil sedemikian; dan

(c) bahawa Jawatankuasa telah mengesyorkan supaya permohonan itu diluluskan.

51 [3]

Jika tanah yang berkenaan dengannya suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan terdiri daripada, keseluruhannya atau sebahagiannya, tanah rizab ataii kawasan hutan simpanan, hak pemegang lesen itu untuk diberikan pajakan melombong ke atas tanah itu hendaklah tertakluk kepada syarat—

(a) bahawa perizaban itu telah dibatalkan; dan

(b) bahawa Jawatankuasa telah mengesyorkan supaya permohonan 1tu diluluskan.

51 [4]

Jika tanah yang berkenaan dengannya lesen mencarigali atau lesen penjelajahan telah diberikan terdiri daripada, keseluruhannya atau sebahagiannya, tanah pendudukan selain daripada tanah pendudukan jangkaan hakmillk, hak pemegang lesen itu untuk diberikan pajakan melombong ke atas tanah itu hendaklah tertakluk kepada syarat—

(a) bahawa hak pendudukan itu telah ditamatkan; dan

(b) bahawa Jawatankuasa telah mengesyorkan supaya permohonan itu diluluskan.

51 [5]

Subseksyen (2), (3) dan (4) tidaklah terpakai jika pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan memohon untuk mendapatkan pajakan melombong berkenaan dengan mana-mana tanah d1 bawah tanah berimilik.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.